Wednesday, April 8, 2009

LAGENDA: MERAH PUTEH - SINOPSIS 1 - 10

LAGENDA: MERAH PUTEH



DRAMA LAGENDA: MERAH PUTEH MULAI 7 APRIL 2009 JAM 4.30 PETANG DI TV3 DAN 8.30 MALAM DI TV9 - Drama Lagenda ini merupakan sebuah lagenda yang telah diadaptasi dari filem lagenda "Bawang Putih Bawang Merah" yang telah dimodenkan dan Merah dan Puteh adalah adik-beradik tiri lelaki dan bukannya perempuan seperti yang kita selalu dengar atau baca.

Dibintangi oleh:

Ellyas Abdullah
Zahiril Adzim
Dira Abu Zahar
Tania Zainal
Nadia Aqilah

Sinopsis ringkas Drama Lagenda: Merah Puteh bermula dengan: Episode 1

Seorang ibu menceritakan Kisah seorang lelaki mempunyai dua orang isteri yang bersalin pada waktu yang sama. Nama kedua orang bayi tersebut adalah Merah dan Puteh. Ibu Puteh meninggal dunia sewaktu melahirkan Puteh. Nasib Puteh terletak di tangan ibu tirinya. Namun begitu, Puteh tidak pernah merungut dan sentiasa bersyukur dengan apa yang ada padanya. Merah pula mendapat layanan yang sungguh berbeza dengan Puteh. Dia amat disayangi bagai menatang minyak yang penuh. Puteh tidak pernah menyambut harijadinya walaupun Puteh dan Merah dilahirkan pada hari yang sama.

Tetapi kelainan yang terdapat dalam cerita lagenda ini adalah dua adik beradik ini rapat. Dalam satu babak menceritakan, Puteh mendapat hadiah yang diletakkan di depan pintu bilik tidurnya. Puteh membawa masuk hadiah tersebut dan hadiah itu merupakan seekor ikan. Puteh menamakan ikan itu K bermaksud kawan. Merah masuh ke bilik Puteh dan bertanya kepadanya adakah pemberian itu dari seorang misteri lagi sepertimana Puteh selalu terima. Apabila Merah ingin memberi nama kepada ikan itu, Puteh memberitahu Merah bahawa ikan itu sudah ada nama dan ia bernama K.

Sebelum Merah meninggalkan bilik Puteh, dia memberi hadiah kepada Puteh dalam bentuk wang yang diisi dalam sampul surat. Menurut Merah, dia tidak tahu apa yang hendak dibeli kepada Puteh dan meminta Puteh menggunakan wang itu untuk membeli apa yang dia suka. Bapa Merah dan Puteh memberi hadiah sebuah kereta untuk Merah sebagai hadiah harijadi. Bagaimana pula dengan Puteh? Apakah hadiah yang diberikannya kepada Puteh? (Dia pesan kepada Kak Gayah untuk memberikan hadiah tersebut kepada Puteh pada keesokan harinya).

Sinopsis ringkas Drama Lagenda: Merah Puteh bermula dengan: Episode 2

Merah bangunkan Puteh yang sedang mimpikan tentang masa lampaunya. Puteh dan Merah bersiap sedia untuk pergi ke College. Mereka berdua memberitahu ibubapa mereka bahawa mereka akan makan sarapan pagi di College saja kerana kesuntukan masa.


Ibu Merah merungut tentang Business course yang diambil Puteh kini dan minta suaminya tukarkan coursenya kerana menurutnya Puteh tidak mampu mendapat keputusan yang baik.

Puteh juga memberitahu Merah bahawa dia nak tukar course kerana dia tidak dapat mengikutinya. Merah menunjukkan kereta Myvi berwarna merah barunya dan menumpangkan Puteh ke mana dia hendak pergi dan menurut Merah kepadanya lagi, Puteh tidak perlu berjemur panas di bus stop mulai saat itu. Puteh bercadang untuk tukar course secara senyap tanpa pengetahuan ayah mereka.

Kak Gayah memberi sampul surat kepada Puteh mengatakan itu adalah pemberian ayahnya. Puteh amat gembira mendapat kunci scooter dan ini bermakna scooter berwarna putih yang dia nampak sebentar tadi sewaktu dia tiba rumah. Puteh adalah hadiah untuknya. Puteh memberitahu Merah bahawa dia sudah mendapat kerja di Art Gallery tetapi dia meminta Merah merahsiakannya daripada sesiapa. Iman diperkenalkan kepada Izwan(Merah) oleh Nazri(Puteh) sewaktu Merah pergi berjumpa dengannya. Mastura tidak berapa gembira mendapat tahu suaminya membeli scooter untuk Putih. Putih gembira Anggun akan pulang ke Malaysia tidak lama lagi. Merah menerima panggilan daripada June tetapi dia serba salah samada mahu menjawab atau tidak. Apabila dia bersedia untuk menjawab panggilan tersebut, talian telah dimatikan. Kisah drama lagenda ini akan bersambung dalam episode 3 pada hari esok.

Sinopsis ringkas Drama Lagenda: Merah Puteh bermula dengan: Episode 3

Puteh hairan kenapa Anggun tidak online seperti yang selalu dia lakukan setiap hari. Dia terus menunggu Anggun untuk online. Anggun berterima kasih kepada ayahnya kerana tunaikan permintaannya untuk pulang ke Malaysia. Merah masuk ke bilik Puteh untuk meminjamkan wangnya kepada Puteh untuk dia membayar yuran.

Puteh memberitahu Merah bahawa June seperti sudah merajuk kepadanya. Dia tidak tahu apa yang hendak dilakukan agar June tidak merajuk lagi. Merah berjumpa June di College dan dia meminta maaf kepada June kerana telah salah faham terhadapnya. June kata kalau Merah sayangkannya dia dikehendaki belikan telefon bimbit yang baru untuk June. Ibu Merah mengingatkan anaknya untuk pulang makan malam kerana Datuk Yusuff dan anaknya, Anggun akan ke rumah mereka. Mulan pergi berjumpa dengan Mastura sebelum Anggun dan Datuk Yusuff tiba. Mastura bertanya kepadanya adakah dia bawa bersamanya untuk Merah untuk Anggun. Apabila Mulan pura-pura tidak faham apa yang dimaksudkan Mastura, Mastura menerangkan kepadanya bahawa benda yang dia selalu beri kepada dia untuk Jehan. "Yang minum-minum tu" kata Mastura kepada Mulan. Lepas itu, Mulan minta Mastura usah khuatir kerana dia ada caranya sendiri untuk melakukannya.

Merah berjanji kepada June untuk pergi ke party Merah. Datuk Yusuff dan anaknya, Anggun tiba di rumah Merah dan Puteh. Mastura memuji kecantikan Anggun. Dia perkenalkan Mulan kawan baiknya kepada mereka. Mulan membubuh sesuatu ke minuman Merah dan dia berkata sendirian bahawa selepas minum minuman tersebut dia akan tergila-gilakan Anggun. Mulan memberi minuman itu kepada Mastura untuk diberikan kepada Merah.

Merah bersiap sedia untuk keluar rumah dan dia meminta Puteh ganti sebagai wakil. Mastura memberi Merah minuman tersebut dan berkata itu adalah untuk menolongnya dalam studiesnya. Puteh tidak dibenarkan turn ke bawah untuk menemui Anggun dan Mastura juga menyuruhnya menguncikan dirinya dalam bilik. Apabila Merah tanya di mana Puteh, Mastura kata sudah menjadi kebiasaan apabila ada orang datang dia tidak akan turun dan dia seperti katak di bawah tempurung. Merah diperkenalkan kepada Anggun dan Merah terus tertarik dengan Anggun. Anggun tanya di mana Puteh berada dan menurut Merah dia berada di atas.

Merah memberitahu Puteh dia telah jatuh hati dengan seorang gadis... Merah minta Puteh untuk teka siapakah gadis tersebut. Sebelum Puteh dapat tahu siapakah gadis itu, tiba-tiba Merah teringat dia ada temujanji dengan June. Puteh berkata pada dirinya, apakah gadis itu adalah Anggun?.. Bersambung pada hari Isnin, 13 April 2009.

Sambungan sinopsis ringkas Drama Lagenda: Merah Puteh Episode 4 pada 13 April 2009:

June rasa kecil hati kerana Merah tak hadir ke partinya. Dia mengejek Merah kerana telah bertemu dengan Anggun kerana sebelum ini Merah kata dia tak minat langsung untuk menemui Anggun. Merah dengan kurang senang hati dengan kata-kata June, beredar dari situ. Puteh memberitahu Iman sebenarnya Anggun ada senyum padanya. Iman meminta Puteh menceritakan semua apa yang berlaku semalam kepadanya.

Iman menasihati Puteh agar "be strong", seterusnya Puteh menjelaskan kepada Iman ibunya telah meninggal dunia dan dia tidak pernah tahu bagaimana rupa ibunya. Puteh meminta maaf kerana terlalu emotional. Sebenarnya Puteh tidak berjumpa dengan Anggun. Puteh dengan sedih memberitahu Iman sebenarnya ibu tirinya ingin menjodohkan Merah dengan Anggun dan yang merisaukan Puteh ialah Puteh rasakan yang Merah telah jatuh hati dengan Anggun. Iman minta Puteh bertanya kepada Merah siapa yang Merah sukakan. June atau Anggun.

Mastura berterima kasih kepada Mulan kerana dia dapat rasakan bahawa minuman yang diberikan Mulan berkesan dan kini Merah sudah tertarik dengan Anggun. Merah membeli sejambak bunga. Untuk Anggun? Puteh juga beli bunga. Iman kata lain kali beli bunga ros lebih baik warna merah sebab warna Puteh tidak berapa sesuai. June jumpa Ana dan Ana kata dia nampak June peluk Beebo. June menjelaskan kepadanya bahawa dia buat begitu kerana ingin mendapatkan Merah. June fikirkan Merah telah membeli bunga untuk dihadiahkan kepadanya.

Di rumah, Puteh memberitahu ikannya yang bernama K tentang bunga yang dibelinya untuk Anggun. Merah masuk ke bilik Puteh dan Merah memberitahu Puteh bunga itu adalah untuk Anggun. Puteh terdiam seketika mendapat tahu Merah juga telah membeli bunga untuk Anggun. Merah fikirkan bunga yang dibeli oleh Puteh adalah untuk K tetapi menurut Puteh, bunga ros berwarna Puteh itu adalah untuk seni lukisannya. Sebelum keluar dari bilik, Merah memberi bunga ros Merah itu kepada Puteh untuk lukisannya. June ternampak Merah bersama dengan Anggun dan dia meminta Beebo siasat tentang gadis itu. Siapakah agaknya pilihan Anggun? Merah atau Puteh?

Sambungan sinopsis ringkas Drama Lagenda: Merah Puteh Episode 5 pada 14 April 2009:

Mastura memberitahu Mulan dia serba salah siapakah pilihannya untuk Merah samada Anggun atau June. Dia memberitahu Mulan dia tidak mahu kegagalan berulang lagi setelah 20 tahun. Mastura tidak mahu waris Rahayu menikmati kebahagiaan. Ayah Merah berkata isterinya terlalu manjakan Merah tetapi Mastura menafikannya. Katanya Merah adalah seorang yang baik. Mastura juga menyalahkan suaminya kerana telah membeli scooter untuk Puteh. Jehan sangka selama ini Mastura adalah seorang mama tiri yang penuh dengan kasih sayang.

Merah bawa Anggun keluar dan Anggun rasa kurang tentang hal itu. Merah tanya Anggun samada dia masih teringat sewaktu mereka masih kecil di mana mereka selalu ke tempat itu. Anggun ingatkan Puteh akan ke sana tetapi Merah kata tidak. Merah dan Anggun tidak perasan Puteh juga berada di situ pada waktu yang sama. Tidak lama kemudian, Anggun ternampak seseorang di belakang sepohon pokok dan Anggun mengajak Merah untuk beredar dari situ sahaja tanpa mengetahui bahawa itu adalah Puteh.

June membuat panggilan kepada Merah tetapi Merah tidak menjawab panggilannya kerana pada waktu itu Merah ada bersama Anggun. Merah ingin menghantar Anggun pulang tetapi sebelum itu mereka singgah di "Pet Shop" kerana dia ingin membeli sesuatu untuk Puteh.

Puteh pulang ke rumah dengan hati yang sedih kerana dia sukar untuk melupakan Anggun. Puteh memberitahu ikannya, K tentangnya. Katanya apa yang dipendam dalam hatinya sukar untuk dilafazkan kepada Anggun. Puteh rasa mungkin dia tiada jodoh dengan Anggun. Sewaktu Puteh sedang termenung dan fikirkan tentang Anggun, Merah masuk ke biliknya dan memberinya bekas aquarium untuk K. Merah ingin bawa Anggun ke motor show tetapi menurut Puteh Anggun tidak akan pergi kerana kebanyakan wanita tidak akan ke tempat itu. Merah memberitahu Puteh, Anggun seperti tiada apa yang hendak dikatakan kepadanya sewaktu mereka keluar tadi.

Ana dan June pergi ke rumah Mulan. Menurut Mulan dia selalu ke rumah Mastura untuk aura therapy tetapi June kata Mastura nampak tua tidak seperti Mulan yang masih kelihatan muda dan cantik. Di college, June sangkakan Merah memberi senyuman kepadanya tetapi dia kecewa apabila Merah menuju ke arah Anggun. Ana ingin belanja Merah makan chocolate tetapi Merah enggan menerimanya. June yang juga ada bersama dengan Ana pada waktu itu rasa kurang senang hati kerana Merah tidak mengendahkannya. Mastura dapat rasakan Anggun tidak sukakan Mulan. Mulan meminta Mastura untuk mendapatkan rambut Merah untuknya kerana dia akan tahu apa yang perlu dilakukan.

Yusuff meminta Jehan untuk memberinya nombor telefon Mulan. Tetapi Jehan memberitahunya dia tiada nombor telefon Mulan dan akan mendapatkannya untuk Yusuff daripada Mastura. Merah minta Anggun keluar ke balcony rumah dan Merah menyanyi sebuah lagu untuknya tetapi Anggun cuma mendengarnya untuk seketika dan masuk ke biliknya semula. Merah membawa Anggun ke restoran untuk makan tengahari dan order "siput" untuknya tetapi menurut Anggun dia suka "seafood" dan bukan "siput". Merah memberitahu tentang masalahnya kepada Puteh. Tetapi Puteh cuma dapat berdiam diri.. Bersambung dalam episode 6 pada hari esok.

Sambungan sinopsis Lagenda: Merah Puteh Episode 6 pada 15 April 2009

Mastura masuk ke bilik Merah dan dia bercadang untuk mengambil rambut Merah. Mastura berjaya mendapat rambut Merah (adakah itu sebenarnya rambut Merah?) dan memberikannya kepada Mulan.

Merah ternampak Anggun yang sedang menunggu ayahnya untuk menghantarnya pulang. Anggun menerima panggilan daripada ayahnya dan selepas itu dia bersetuju untuk menaiki kereta Merah. Merah menjelaskan kepada Anggun bahawa sebenarnya ayah Anggun yang mintanya menghantarnya pulang. Merah ajak Anggun pergi ke motor show. Anggun tanya kenapa Merah tak ajak June saja. Merah berkata dia dan June sudah berpisah. Setelah mendengar bahawa Anggun tidak minat motor show dan dia meminati muzik, Merah membatalkan hasratnya untuk ke motor show dan mengajak Anggun untuk ke"gig". Puteh mengajak Iman untuk pergi bersama. Merah singgah di tempat Puteh bekerja untuk mengambil pass untuk ke "gig" tetapi Puteh tiada di situ. Merah memberitahu Anggun dia ingin memberi kejutan kepada Puteh malam nanti.

Puteh kata Merah siap sedia seperti nak motor show macam nak pergi tengok Rock. Kemudian, Merah memberitahunya memangpun dia nak ke sana dan akan membawa Anggun bersamanya. Mastura tidak mengizinkan Puteh keluar tetapi ayahnya membenarkannhya. Mastura merungut kerana suaminya selalu manjakan Puteh dan dia kasihani dengan Merah. Setibanya Anggun di sana, di perkenalkan kepada Puteh dan Iman. Anggun ingin pulang ke rumah kerana katanya sakit kepala dan di sana sesak. Merah hantar Anggun pulang dan Puteh tengok Anggun dari jauh. Iman kata dia tidak faham dengan Puteh. Puteh kata memang Iman tak akan faham dengannya.

Dalam perjalanan pulang ke rumah, Anggun muram saja.(Adakah Anggun terkenangkan waktu Merah perkenalkan Puteh dan Iman kepadanya sebentar tadi?) Di rumah, Merah kata kepada Puteh dia betul-betul sayang kepada Anggun. Tetapi Merah tidak tahu samada Anggun juga ada perasaan seperti itu terhadapnya. Namun begitu, dia tak kisah semua itu asalkan sekarang dah ada improvement sedikit dalam perhubungan mereka. Puteh cuma dapat doakan kebahagiaan untuk mereka berdua walaupun hatinya sedih memikirkan hal itu. June jumpa di Merah di College dan dia tanya kenapa dia tidak pergi ke motor sport. Merah kata dia sudah tak minat dengan June. June rasa sakit hati dengar tentang apa yang dikatakan Merah kepadanya..


Sambungan sinopsis Lagenda: Merah Puteh Episode 7 pada 16 April 2009

Puteh bawa Iman ke tempat di mana dia selalu pergi apabila dia rasa kesepian. Katanya, hidupnya seperti kapal layar yang mengikuti arah angin. Menurut Iman, ibu tiri Puteh tidaklah sekejam ibu tiri lain. Iman dapat baca dari fikiran Puteh, ia adalah tentang Anggun. Merah kata dia kasihankan Puteh iaitu pagi dia ada kelas dan selepas itu dia terpaksa kerja di galeri. Merah tanya adakah dia dating dengan Iman. Puteh kata mereka sekadar kawan biasa saja. Merah tanya, adakah dia cuma tepuk sebelah tangan sebab Anggun seperti sikap dingin terhadapnya. Merah ingin hadiahkan sesuatu kepada Anggun dan dia tanya pendapat Puteh. Tetapi sebelum dapat menjawab pertanyaan Merah, Puteh sudah tertidur.

Anggun mimpikan waktu dia masih kecil dan dia telah berjumpa dengan ibunya. Merah kejutkan Puteh yang asyik memanggil mamanya. Kata Merah bagaimana dia boleh mimpikan mamanya apabila dia belum pernah berjumpa dengannya. Kata Puteh, mamanya cantik.

Tiba-tiba kereta Merah tidak boleh rosak (Mastura minta pemandunya lakukan sesuatu pada kereta Merah supaya dia boleh hantar Merah ke College). Mastura kata dia yang tumpangkan Merah ke College. Dalam perjalanan, Merah hairan kenapa ibubapa orang lain akan tanyakan tentang "studies" mereka tetapi Mastura pula asyik tanya tentang Anggun. Mastura jumpa Anggun di College.

Mastura ajak Anggun makan sarapan bersamanya. Mastura ingin letak sesuatu dalam minuman Anggun. Apabila Anggun ternampak apa yang ingin Mastura lakukan, Mastura pura-pura kata bahawa ia adalah baik untuk kesihatan dan dia telah membubuhnya ke dalam minumannya sendiri terlebih dahulu dan kemudiannya ke dalam minuman Anggun apabila Anggun fikirkan apa yang dikatakan oleh Mastura adalah benar. Mastura menerima panggilan dan dia beredar dari situ. Pada waktu yang sama June tiba dan selepas Anggun beredar dari situ, June ternampak minuman Mastura yang masih belum tersentuh. June minum minuman Mastura yang telah dibubuh sesuatu sebelum ini. Kata June seorang diri, lebih baik dia minum minuman itu daripada membazir.

Yusuff menelefon Mulan. Mulan tanya apa tujuannya dia telefon Mulan. Kata Yusuff dia ingin ajak Mulan keluar. Mulan menolak katanya dia ada meeting dengan "NGO" Anggun jumpa Puteh yang sedang melukis. Dia tanya Puteh kenapa dia asyik mengelakkannya. Puteh cuma dapat berdiam diri saja. Merah muncul sebaik saja Anggun beredar dari situ dan Puteh minta Merah pergi pujuk Anggun yang sedang sedih. Belum sempat Merah menuju ke arah Anggun, June ternampak Merah dan dia membawa Merah beredar dari situ. Puteh hantar sms kepada Iman mengatakan dia tidak dapat pergi bekerja kerana tidak sihat. Mastura terdengar Puteh bercakap dengan K dan dia fikirkan Puteh pelik kerana bercakap dengan seekor ikan. Fikirnya lagi patutlah Puteh asyik kurungkan dirinya dalam bilik. Semua itu adalah kerana seekor ikan.

June kata kepada Ana bahawa jampi Mulan berkesan kerana Merah seperti sudah mula menyukainya dan Merah dan Anggun seperti ada "argument". Mastura terkejut dan pengsan kerana tiba-tiba Mulan muncul di depannya. Setelah Mastura sedar, dia minta Mulan buat sesuatu kerana jampi yang dia buat kepada Anggun tidak menjadi. Mastura ingin tahu kenapa Anggun pergi mencari Puteh. Mulan kata dia telah sumpahkan bahawa tiada jodoh untuk Puteh sejak Puteh kecil lagi. Mastura kata mungkin sumpahan itu tidak menjadi. Mulan minta Mastura hapuskan ikan Puteh supaya "pendinding" (ikan Puteh) yang menjadi penyebab kepada jampinya tidak menjadi.

Sambungan sinopsis ringkas Lagenda: Merah Puteh Episode 9 pada 21 April 2009, Selasa

Mastura cadangkan kepada suaminya untuk mengahwinkan Merah dengan Anggun. Sewaktu perbualan mereka, Jehan teringat bahawa dia ada temu janji dengan Yusoff mengenai project mereka. Jehan ajak isterinya pergi b ersamanya. Puteh ingin lepaskan K ke dalam kolam tetapi dia khuatir orang yang berikan ikan itu kepadanya kecil hati. Puteh tanyakan Anggun adakah dia telah meminta Merah belikan ikan itu kepadanya tetapi Anggun kata waktu itu dia masih berada di seberang laut. Puteh hairan selama ini siapakah yang selalu memberinya hadiah. An ggun tahu dan faham selama ini Puteh ingin jaga hati Iman dan Puteh. Anggun kata sekiranya Puteh terus begitu dia akan membuat dua hati menderita. Anggun nak dengar dari Puteh sendiri adakah dia sukakannya atau sebaliknya. apabila Anggun cuba memegang tangan Puteh, Puteh mengelaknya.

Anggun dan Jehan pergi ke rumah Yusoff dan mereka berbincang tentang Anggun. Mereka ingin mejodohkan Merah dengan Anggun. Tetapi Yusoff berkata tidakkah ia terlalu cepat untuk menjodohkan mereka. Mastura cadangkan mereka bertunang dulu. Mastura kata rumah Yusoff ada rama-rama. Menurut Mastura, kata orang sekiranya ada rama-rama di rumah maksudnya "someone special is coming". Sewaktu Mastura dan Jehan ingin pulang, mereka berserempak dengan Mulan yang baru tiba di rumah Yusoff. Mulan menyediakan minuman untuk Yusof dan dia telah meletakkan air jampi dalam minuman Yusoff. Sewaktu Mulan dan Yusoff dalam bilik tamu sedang minum, Anggun tiba dan Mulan meminta diri untuk pulang. Yusoff tanya Anggun sekiranya dia ingin berkahwin bahgaimana dan jawapan Anggun kepada ayahnya adalah boleh tetapi dengan syarat. Apakah agaknya syarat Anggun...

Puteh meluahkan perasaannya kepada Anggun dan kini mereka telah bersama. Puteh tidak tahu bagaimana hendak menjelaskan hubungannya dengan Anggun kepada Merah kerana dia risau ini akan membuat Merah sedih. Merah ke galeri untuk berjumpa dengan Puteh. Iman memberitahu Merah bahawa Puteh telah pulang. Merah kecewa apabila dia tidak dapat menemui Puteh di sana dan tanya samada Iman tahu ke mana Puteh telah pergi. Bersambung...

Sambungan sinopsis ringkas Lagenda Merah Puteh Episode 10 pada 22 April 2009

Merah mencari Puteh yang telah keluar menemui Anggun. Apabila Merah tanya kepada Iman di mana perginya Puteh, dia menjawab bahawa dia bukannya bodyguard Puteh. Anggun hairan kenapa Puteh memberitahunya bahawa dia tidak bertemu dengan mamanya tetapi bagaimana pula dia tahu rupanya. Puteh berkata itu cuma adalah imaginasinya saja. Puteh juga berkata yang peliknya ialah dalam mimpinya dia sentiasa mimpikan mamanya minta Puteh tolong jaga Merah.

Puteh tanya kepada Merah kenapa dia miss callnya 20 kali dan 5 kali sms. Merah berkata itu semua adalah kerana mengenai Anggun yang cuba mengelak daripadanya. Merah tanya adakah Puteh menemui Anggun. Tetapi Puteh menafikannya. Di college, Merah memberi hadiah kepada Anggun mengajak nya tengok wayang tetapi menurut Anggun dia tidak senang pada malam itu. June ingin menonton wayang bersama Merah tetapi Merah memberi tiket wayang tersebut kepada rakan collegenya yang lain. Anggun menolak Merah yang telah mengajaknya keluar bersamanya kerana dia sedang bercinta dengan Puteh dan telah bertemu janji untuk keluar bersamanya.

June ingin menziarahi ibubapa Merah dan Puteh dan dia telah memberi hadiah kepada Kak Gayah. Tetapi setelah dia mendapat tahu bahawa mereka tidak berada di rumah, dia mengambil balik hadiah tersebut. Kak Gayah kata seorang diri bahawa June buruk siku. Mastura tanya Mulan ubat apa yang dia telah beri kepada suaminya, Jehan hingga menyebabkan jehan terbaring dan masih sakit. Mulan kata bukankah Jehan semakin sayang dengan Mastura. Pembantu rumah Mastura, Kak Gayah memberitahunya bahawa June telah datang berjumpa dengannya sewaktu dia tidak berada di rumah.

Merah pergi berjumpa dengan galeri lagi, tetapi Iman kata Puteh telah pulang awal. Merah tanya bagaimana Iman boleh tahu tentang June. Menurut Iman, Puteh yang memberitahunya. Merah kata June adalah bekas kekasihnya. Merah ajak Iman temankannya pergi minum bersamanya. kerana dia telahpun tiba di situ. Iman bersetuju. June rasa boring di rumah kerana kedua ibubapanya telah ke outstation dan dia menelefon Hana dan ajaknya keluar tetapi Hana kata dia letih. June memberitahunya baru saja Beebo ajaknya keluar makan dinner. Adakah Hana akan bersetuju dengan Hana setelah mendengar berita itu?

Jehan memberitahu anaknya, Puteh dia rindukan mamanya dan dia telah mimpikan mamanya. Puteh memberitahu ayahnya bahawa semua mimpi adalah mainan tidur saja. Puteh kata dia tidak pernah tahu rupa mamanya dan tanya adakah dia cantik. Ayahnya berkata ya. Selepas itu Puteh beredar dari situ kerana ingin keluar. Mastura memberitahu Mulan bahawa suaminya masih rindukan Rahayu, mama Puteh dan dia minta Mulan lakukan sesuatu supaya ingatan tentang Rahayu akan terus hilang dalam ingatan Jehan.

Iman minta Puteh berterus-terang saja dengan Merah mengenai hubungannya dengan Anggun sebelum Merah mendapat tahu hal itu daripada orang lain. Sewaktu Anggun bertemu dengan Puteh, Merah kata dia amat berharap agar hubungan mereka akan kekal sampai bila -bila. Merah rindukan Anggun dan asyik termenung memikirkannya.. Bilakah agaknya dia akan mendapat tahu bahawa sebenarnya Anggun telah jatuh cinta kepada Puteh? Bersambung...


Courtersy of helloskyblu, TV3 & www.budiey.com for the synopsis and poster

No comments:

Post a Comment